Welcome.. Connecting To Riduan Sam's World

Aku Pelajar Matrikulasi Perakaunan



Asalamualaikum..

28 Mei 2012 lepas aku masuk Matrikulasi Johor atau nama glamournye KMJ. Lepas dah fikir masak2, aku masuk je matrik. Aku lepaskan peluang pergi universiti. Aku dapat Diploma bangunan kat UITM Seri Iskandar, Perak. Bukan tak minat, tapi jauh sangat. Aku ni malas nak pergi jauh2. Kalau nak balik nanti susah..nak naik bas lame sangat..lepastu tukar2 bas..hish. Tapi aku masuk matrik, aku apply jurusan perakaunan walaupun SPM aku tak de basic perakaunan.


DALAM KELAS TUTORAN


Aku peduli ape..dah tak de pilihan lain. Form 6 pulak aku terpaksa lupakan sebab aku rase kalu aku ambik jurusan sains untuk STPM, memang hancur la result aku. Tapi aku tak minat pulak kat sastera. Kat sekolah aku tu aku rase tak de jurusan lain. Tu je yang ada. So, aku rase jurusan perakaunan ni agak okay, aku masuk la matrik.

Dulu masa aku isi permohonan matrikulasi, memang aku apply jurusan perakaunan sebab matrik kan ade 2 jurusan je. Jurusan sains dengan jurusan perakaunan. Kalau aku pilih jurusan sains memang payah la..aku ni emm..aku rase aku tak boleh bawak subjek sains ni sebab dah 2 tahun aku belajar subjek sains macam Chemistry, Physic, Add Math ni memang payah. Result SPM aku untuk subjek2 ni pon terok. 

Tapi kan..bila kat matrik, kadang2 ade jugak budak yang SPM nye suam2 kuku macam aku resultnye, tapi bila kat matrik gempak giler resultnye. Ade jugak yang excellent SPM tapi bila dah kat matrik resultnye terok. Ni semua hasil pemerhatian aku la..


BERSAMA MENTOR KELAS KAT MEJA PENSYARAH


Pasal jurusan perakaunan ni, untuk semesta 1 ade 4 subjek wajib dan 3 subjek main2. Hahaha.. subjek main2 ni maksud aku tak diambil kira dalam pointer la. Subjek yang wajib tu Perakaunan, Ekonomi, Matematik dan Pengurusan Perniagaan. Subjek main2 pulak Pendidikan Islam, Dinamika dengan Bahasa Inggeris. 

Tapi Bahasa Inggeris semesta 1 ni penting jugak sebab dia mengajar kita untuk menghadapi MUET. Dan serius aku cakap..MUET ni exam yang teramat2 amat2 susah bagi aku. Yang dah hebat tupon tak payah nak action sangat. Memang susah. Yang dapat band 6 maksudnye korang memang owesome giler arh..teramat2 jarang ade yang boleh dapat band 6. Kalau dapat band 5 pon korang memang owesome. Jarang jugak budak dapat band 5 ni tau. Band 4 ni untuk yang pandai bahasa inggeris dengan hebat. Yang band 3 ni untuk yang cukup2 makan je BI dia. Band 2 dengan Band 1 ni untuk yang lain2 la..

Untuk semesta 1 aku rase subjek yang agak susah dalam 4 subjek wajib ialah Matematik. Matematik kat matrik ni bukan math SPM tau..tau Add Math SPM. Memang agak susah la. Kedua susah bagi aku Pengurusan Perniagaan. Kalau masa study kat kuliah dengan kelas tutoran memang relaks. Tapi bila nak exam, beribu2 fakta tu la yang korang kene ingat kat kepala. Tapi bagi ramai budak akaun lain, subjek ni paling senang kot. Tapi bagi aku ia amat membebankan. Aku ni jenis yang tak suka sangat baca2 yang pelik2 macam subjek ni


HARI LAST SEBELUM FINAL EXAM SEMESTA 1


Ingat lagi mase esoknye final exam  paper ni, baru malam tu aku nak baca…akibatnye aku terpaksa skip 2 topic daripada 12 topic kot tak silap aku. Dan topic tu keluar. Dan aku decide untuk jawab soalan dari topic ni. Sebab aku macam ade dejavu pernah terbaca topic ni walau malam tu tak baca topic tu.

Ketiga susah bagi aku ialah subjek perakaunan. Ni pon aku study last minute. Esoknya nak final exam paper ni, baru aku tau subjek ni senang..haha..mase kat kelas main2. Kerja tiru orang lain. Tapi serius sebenarnya subjek ni okay. Aku nampak mula2 ramai jugak yang stuck bila dah sampai bab 4, tapi kalau dah study benda ni okay je. Dan subjek yang paling senang bagi aku ialah ekonomi. Tapi yang rase subjek ni susahnye selepas paper Math, bagi aku subjek ni okay je. Bace je nota kuliah dengan tekun, Insya Allah boleh score. Cume final exam nanti ade soalan esei yang agak susah jugak la. So far..okay.


HARI LAST. BELAJAR DEPAN BILIK HEP


Tips dari aku, kalau nak senang untuk paper yang perlu membaca macam ekonomi dengan pengurusan perniagaan, korang bace je selalu DENGAN TEKUN. Tekun tu penting tau. Sebab mase study yang penting kualiti bukan kuantiti. Maksudnya kualiti korang study lebih baik walaupon sekejap daripada korang study berjam2 tapi asyik berbual dengan kawan, main2 pensil. Untuk semesta ni aku rase tak payah la beli buku rujukan..membazir sebab memang korang akan guna nota kuliah yang diberi je. Mula2 tu memang MACAM LA perlu buku rujukan, tapi dah minggu ketiga tu..korang akan simpan je buku tu. Macam aku dengan budak2 lain buat. Serius. Tapi kalau rase nota kuliah korang tak lengkap ke..korang rase kurang okay sikit2 kat nota tu, pergi je tanye lecturer or library. Membazir kalau beli. Kalau Math nak beli tak pe kot sebagai latihan tambahan or rujukan. Kalau macam aku, aku dah tau Math agak agak kureng, aku study lebih kat subjek ni.

Untuk semesta 2 pulak, paper yang paling susah masih jatuh kepada paper Math. Tapi sem 2 punye Math senang sikit katanye. Tapi bagi aku lebih kurang je susahnye. Mula2 tu memang kacang. Tapi lama2 susah. Kalau macam sem 1 tu, 80% subjek math korang sama dengan budak jurusan sains. Tapi sem 2 cume 45% je persamaannye. Aku buat anggaran je la. Kedua susah bagi aku masih subjek pengurusan perniagaan sebab BACA..BACA..HAFAL DAN HAFAL..aku tak suka!! Ketiga pulak subjek Ekonomi sebab memang makin susah dan esei nye pulak makin susah. Makin banyak kene hafal. Semesta dulu kira2nye simple tapi semesta2 calculation memang susah sikit. Kalau dari soalan first dah salah, berjela2 salah korang dari atas ke bawah. Dan keempat atau agak mudah ialah subjek perakaunan. Okay jugak la subjek ni.. tapi tak la senang sangat. Tapi okay la.

Kalau korang tak de basic subjek perakaunan macam aku, tak payah risau. Sebenarnya ramai budak yang tak de basic yang boleh excellent. Serius!! Cume mula2 tu aku kene hafal la format2 macam Kunci kira2, Penyata Pendapatan dan lain2. Cume hafal sikit2 je. Okay..je. tak payah risau. Aku dulu risau jugak. Tapi sebenarnya nanti korang lebih kurang je dengan budak2 lain. Aku ade pengalaman. Kalau macam kat kelas aku tu..kan ade 3 budak tak de basic akaun, tapi ketiga budak ni la dapat 4flat.


SUASANA DALAM DEWAN KULIAH BESAR 1


Lecturer kat matrik pon mesra. Boleh tanya bila2 masa. Tapi kat matrik memang penat la. Bangun kene awal sebab kelas start pukul 8am. Tapi kalau matrik korang ade perhimpunan setiap hari pukul 7.30am.. terpaksa la bangun lebih awal. Kalau KMJ dah tak de perhimpunan setiap hari. Bagus!! Kelas pulak dia punya waktu rehat tak sama dengan kelas2 lain. Kira tak tentu la. Kadang2 pagi kelas mula pukul 9am. Habis kelas pon tak tentu, tapi budak akaun biasanya balik lebih awal dari pelajar sains sebab jam kredit atau jam waktu belajar untuk budak sains lebih banyak. Dah balik kelas memang penat. Aku suka tidor lepas kelas habis. Best.. tapi kadang2 waktu rehat pon aku tidor..Tidur memang aku suka la. Rase seronak pulak.


PENSYARAH MATH, MR BOON


Lastly, good luck yang nak masuk Matrikulasi. Kalau nak excellent, belajar rajin2..cewah..suruh orang rajin tapi diri sendiri..krik,,krik je. Kat matrik nanti bilik campur dengan budak sains. Jadi jangan kecik hati. Dulu aku kat matrik selalu rasa macam tak layak kat matrik sebab aku budak akaun je. Budak akaun tak macam budak sains. Budak sains pandai walaupon sebenarnya aku tau result budak akaun yang dulu pernah belajar subjek sains ade ramai jugak yang ade result gempak. Tapi aku dah penat belajar sains dengan akaun. Kat uuniversiti nanti aku nak ambik course lain. Kalau boleh architecture..tapi kalau tak dapat pon..aku tak nak ade kene mengena dengan subjek2 dari sains dan akaun. Tak minat (RS)

0 Klik Untuk Komen:

Post a Comment